Ketika muat naik gambar-gambar ini, rumah asal atuk dan opah (lepas ini disebut atukopah)
atau rumah asal sudah dirobohkan dan dibina dengan binaan bata. Sekarang pun sudah disewakan.
Kalau diikutkan tapak asal, bukan di situ. Cuma setelah dibuat persempadan semula oleh pihak berwajib maka tapak telah berubah ke tempat yang ada sekarang. Kalau hendak diceritakan di sini sangatlah panjang. Kenangan di rumah atukopah terlampau banyak.
Semasa berpindah, sempatlah beberapa gambar diambil. Mungkin ramai yang tidak berkesempatan "nak join sekali' masa itu. Harapnya gambar yang ada ini dapatlah kiranya bercerita bagaimana suasana rumah dan aktiviti semasa itu.
Atukopah berpindah atas sebab rumah papan hendak dirobohkan dan dibina dengan bata.
Maaf ya, peram lama sangat gambar-gambar ni. Sebabnya lama bertangguh. Semoga Allah Azzawajalla rahmati atukopah. Amin.
Jumaat 19 Feb. 2021 / 7 Rejab 1442H @ jam 2235
 |
Jam 0754. Maaf atas paparan 'siwang kujuk' yang tidak disengajakan. |
 |
Jam 0815. |
 |
Pintu masuk ke dapur. Masa awal-awal dulu, kat depan dapur ni ada dapur kayu.
Almarhum Atuk buat final inspection barangkali.
|
 |
Jam 1033, lori sampai. Driver? Orang Kaya Langkap :D |
 |
Jam 1145, atukopah masuk ke rumah sewa. |
 |
Jam 1104. Sesi angkat barang. |
 |
Cicit paling muda yang ambil bahagian juga. |
 |
Dapur rumah sewa. |
 |
Melepas lelah bawah pokok rambutan. |
 |
Common area (tempat bergelimpang, makan ramai ramai) |
 |
Common area (tempat bergelimpang, makan ramai ramai) |
 |
Rak yang hanya ada satu sahaja dalam dunia. Yang tinggal hanya dalam bentuk sekeping gambar ini sahaja. |
 |
Almari tu kalau tak salah, tempat Almarhum Pakmeng S (Pakcik Zaman) simpan baju. Nampak tak dua (2) tudung saji kecil atau sangai tersangkut kat dinding tu. Tak pasti samada itu buatan oleh opah atau tak.
Dapur
Bilik kecik, jadinya gambar pun kecik.
Air sejuk cukup best kalau mandi waktu tengah hari.
|
 |
Masih ingat lagi ke posisi TV ??...Astro takde :D |
 |
Reban ayam, "Didikkkkkkkk!!!!," ...semuanya patuh bila opah panggil. |
 |
Kerusi rotan. Dah rotten, terpaksa dibuang. |
 |
Pintu dapur. |
 |
Pintu utama. |
 |
Jam 1503. Sudah dikosongkan sepenuhnya. |
 |
Jam 1458. The Last Party group photo. |
Sekian.